Anak WAtan (AWAS)


Pertubuhan Anak WAtan Sungai Pinang (AWAS) telah didaftarkan pada 15hb Februari 2019 di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-011-10-15022019.

Pertubuhan AWAS adalah pertubuhan sosial yang menjaga kebajikan penduduk khususnya penduduk Kampung Sungai Pinang. Perkataan AWAS adalah singkatan akronim kepada nama penuh Pertubuhan iaitu Anak WAtan Sungai Pinang yang turut memberikan gambaran maksud ahli Pertubuhan yang sentiasa mengawasi kawasan persekitaran Kampung Sungai Pinang agar senantiasa kekal sejahtera, aman dan makmur.

Lambang Pertubuhan merupakan perkataan AWAS berwarna kelabu logam dengan latar belakang berwarna hitam yang bermaksud suatu struktur yang kukuh dan kuat. Corak api melambangkan semangat ahli Pertubuhan yang menyala dan membara. Warna hitam dan jingga turut menekankan unsur keberanian ahli iaitu Anak WAtan Sungai Pinang sebagai simbolik kepada ketangkasan harimau yang sentiasa mengawasi.

Alamat Emel Rasmi Pertubuhan: anakwatan.sgpinang@gmail.com 

No comments:

Post a Comment