WAnita Unggul (WAU)


Pertubuhan WAnita Unggul (WAU) Sungai Pinang telah didaftarkan pada 30hb Januari 2019 di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-041-10-30012019.

Nama Pertubuhan WAU adalah singkatan kepada WAnita Unggul yang menggambarkan sifat kehebatan daya ahli Pertubuhan yang terdiri daripada golongan Wanita yang merangkumi segala nilai murni yang baik untuk memperkasa kemajuan kawasan komuniti Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor.

Lambang Pertubuhan merupakan logo berbentuk wau dalam keadaan mengiring ke sebelah kanan yang membawa maksud arus gerakan Pertubuhan yang mengarah ke arah positif (kanan). Tulisan 'WAU' pada bilah atas wau bertujuan sebagai penanda nama Pertubuhan manakala angka 2018 pada bilah bawah wau merujuk kepada tahun kewujudan Pertubuhan.

Bahagian bawah Lambang Pertubuhan, tertera nama Pertubuhan dengan tulisan berwarna hitam. Warna Pertubuhan pada logo wau adalah coklat gelap dan coklat muda melambangkan kesatuan warna kulit ataupun bermaksud warna tanah tumpah darah serta tanah yang memakmurkan alam. Warna hitam tulisan bermaksud kesetiaan manakala warna latar belakang putih bermaksud ketulusan hati.

Alamat Emel Rasmi Pertubuhan: wausungaipinang@gmail.com 

No comments:

Post a Comment