Sunday, 9 December 2018

Mesyuarat Ketua Kampung Daerah Klang 2018

Pada 5hb dan 6hb Disember 2018, telah diadakan Majlis Mesyuarat Ketua Kampung Daerah Klang 2018 bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah/Tanah Klang yang disertai oleh hampir 30 wakil kampung-kampung daerah Klang. Kampung Sungai Pinang Bandar telah diwakili oleh Setiausaha MPKK Sungai Pinang Bandar - Puan Siti Rahawati Muzir.



Agenda mesyuarat tahunan ini termasuklah berkenaan perbincangan gerak kerja ke hadapan pengurusan MPKK yang menggantikan struktur JKKK, pengurusan aduan, isu-isu berbangkit lain serta hubungkait pentadbiran MPKK dengan Pejabat Daerah/Tanah Klang. Selain itu, telah dibentangkan juga berkenaan permohonan Projek-projek Kecil 2019 dan kriteria penarafan Bintang MPKK.



Semoga dengan wujudnya jalinan yang baik di antara MPKK Sungai Pinang Bandar dan Pejabat Daerah/Tanah Klang akan lebih memudahkan urusan kampung kita. Begitu juga dengan pengaruh dan kerjasama kampung-kampung sekitar daerah Klang.

No comments:

Post a Comment