Pada 22hb Disember 2018, sebahagian warga penduduk Kampung Sungai Pinang Bandar yang merupakan keluarga terpilih telah hadir untuk menerima sumbangan berupa baucer bernilai RM 100 untuk pembelian peralatan kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Pekan Kapar sempena Program Kembali ke Sekolah bersama YB Dr Daroyah Alwi.
Majlis penyerahan sumbangan anjuran Pusat Khidmat DUN Sementa ini telah berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 2 petang di pekarangan premis membeli-belah tersebut yang menyaksikan para ibu bapa dan anak-anak berbelanja melengkapkan kelengkapan terutamanya untuk pembelian baju seragam sekolah.
Semoga program seumpama ini berjaya memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk lebih tekun belajar sepanjang menempuh alam persekolahan.
No comments:
Post a Comment