Thursday, 20 December 2018

Program Kolaborasi Strategik Seminar Pembudayaan ICT dan Pematuhan Keselamatan ICT bersama Agensi Kerajaan dan Swasta/NGO/Persatuan Daerah Klang

Pada 19hb Disember 2018, pihak Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menganjurkan Program Kolaborasi Strategik Seminar Pembudayaan ICT dan Pematuhan Keselamatan ICT bersama Agensi Kerajaan dan Swasta/NGO/Persatuan Daerah Klang. Program separuh hari bertempat di Auditorium Raja Ismail, Majlis Perbandaran Klang ini telah dihadiri oleh wakil-wakil MPKK sekitar Daerah Klang. 

Program ini mendedahkan peserta kepada perancangan pembudayaan ICT dalam meningkatkan tahap pengurusan pentadbiran MPKK masing-masing di era teknologi sekarang ini. MPKK Sungai Pinang Bandar telah diwakili oleh Setiausaha MPKK Sungai Pinang Bandar - Puan Siti Rahawati binti Muzir.


Pembentangan-pembentangan sepanjang program pula banyak menekankan tentang kepentingan setiap ahli MPKK menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti, bersikap jujur dan amanah pada setiap ketika.


Diharapkan dengan adanya program seumpama ini mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan yang saling berkait di antara pihak MPKK dan pihak berwajib yang terlibat.

No comments:

Post a Comment