Program bermula seawal jam 7:30 pagi dengan para peserta bersarapan pagi di pekarangan lokasi permulaan program iaitu Masjid Raudhatul Mukminin, Kampung Sungai Pinang Bandar.
Doa sebelum memulakan perjalanan telah disempurnakan oleh Imam Masjid Raudhatul Mukminin - Ustaz Shariful Hadi bin Ismail yang turut sama merupakan salah seorang peserta program.
Perjalanan ke destinasi pertama membabitkan para penunggang daripada dua buah kelab terlebih dahulu yang menuju ke hentian Firdaus Cafe sebagai lokasi pertemuan dengan para penunggang daripada kelab-kelab lain yang sedia menunggu di situ.
Masjid #1: Masjid Jamek As-Solihin, Kampung Kanchong Darat
Di kawasan pekarangan lokasi masjid yang pertama ini juga, Pengerusi Kelab All CC Bikers Sungai Pinang - Ustaz Ahmad Fuad bin Abu merangkap penyelaras program telah memberikan taklimat ringkas tentang perjalanan keseluruhan serta objektif program yang bertujuan untuk menziarahi lokasi masjid-masjid sekitar daerah Kuala Langat. Sebagai tanda hormat, para peserta disyorkan untuk menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid di setiap lokasi masjid yang terlibat.
Masjid #2: Masjid An-Nur, Kampung Kanchong Tengah
Masjid #3: Masjid At-Toyyibin, Kampung Endah
Masjid #4: Masjid Jamek Jamaiyah Morib
Masjid #5: Masjid Al-'Azim, Kampung Kelanang
Selesai menziarahi separuh daripada lokasi masjid, para peserta program kemudiannya telah berhenti rehat sebentar untuk minum pagi di medan selera Pantai Kelanang.
Masjid #6: Masjid Sultan Abdul Samad, Kampung Seri Jugra
Masjid #7: Masjid Al-Muttaqin, Kampung Permatang Pasir
Masjid #8: Masjid Diraja Sultan Ala'eddin, Kampung Bandar
Masjid #9: Masjid Al-Islah, Kampung Sawah
Para peserta program telah singgah untuk makan tengahari di salah sebuah warung sekitar Kampung Sungai Buaya.
Masjid #10: Masjid Al-Istiqomah, Kampung Sungai Buaya
Program bersurai dengan para peserta bersalaman sambil berselawat usai solat Zohor di lokasi masjid yang terakhir. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberikan manfaat mengisi kelapangan para peserta di samping berpeluang beramah mesra dan bertanya khabar.
Terima kasih, Allah.
Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan!