Pada minggu akhir bulan Januari 2019 baru-baru ini, sebahagian daripada warga penduduk Kg Sg Pinang Bandar telah menerima kunjungan Ahli Parlimen Kapar, YB Dato' Abdullah Sani yang telah sudi meluangkan waktu beliau untuk bertanya khabar dan melawat serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada penerima Program Ziarah Kasih Parlimen Kapar 2019. Sewaktu bahagian lawatan ke kawasan Kampung Sungai Pinang Bandar, YB Dato' Abdullah Sani telah diiringi oleh Ketua Kampung - Encik Hamdan Yusof serta Ketua Biro Ekonomi & Keusahawanan - Encik Mohammad Sofian Piang.
Antara senarai penerima termasuklah mereka yang menghidapi penyakit kronik, golongan kurang upaya serta bekas mangsa bencana. Tidak dilupakan warga penduduk kaum Cina yang diraikan bersempena kedatangan Tahun Baru Cina telah turut menerima sumbangan angpau dan sekotak buah limau mandarin bersama-sama dengan sumbangan barangan keperluan makanan.
Xin Nian Kuai Le!!!
No comments:
Post a Comment